Resepi nasi ayam termashur di dunia



HAI2,hai!!! Apo kabo anda2 anda disna???
Asal ak ckp perak nie,,sah2 la ak nie bdak Penang..nie msti kes b’kawan dgn 3 org bdak perak nie. sorg je pn yg btoi2 Perak, yg lg 2 perak murtad. Sorg murtad ke penang sbab ckp dy dah mmg gaya org utara, yg sorg lg murtad ke baling,kedah. Ak nie nak cita kes murtad ke apa nie..

Blik ke main point ak update ary nie utk share dgn korg mkanan kegmaran ak msa b’buka sempena bln ramadhan nie.. 3 ary 3 mlm ak fikir apa favourate food ak??,,, TING!! hah dpt 1 idea…NASI AYAM…HHUuumm sedapnyyyaaa..mmg favourate ak larr nie…x bln posa pn ak suka…bla dah lma x mkn,, blh ak ajk kwn2 ak kuar smata2 nak mkn nasi ayam je, pastu blik trus..mmg btol!!!

Ckp byk btol la ak kali nie..korng msti x sbar kan nak try resepi nasi ayam nie....      nie resepi mak ak tau, mmg superb abes.. .(syuuhh jgn bgtau org lain tau, secret kta2 je)..

Resepi nasi ayam termashur di dunia..hahaha

BAHAN SUP AYAM:-)
1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
10 kuntum cendawan butang dlm tin, belah 2 setiap satu
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
2 kiub pati ayam "Maggi"
1 camca kecil lada hitam, tumbuk halus
Garam secukup rasa

BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (guna mentega pn blh)
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK PERAP AYAM:-)
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih & toskan. Dlm periuk satukan semua bahan2 utk sup kcuali bunga kobis, lobak merah, kentang & lada hitam. Jerang hingga mendidih & masukkan ayam. Masak dgan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi & biarkan sejuk. Keluarkan 6 cawan stok utk memasak nasi & 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah & kentang dalam baki kuah sup, terus memasak hingga empuk, masukkan bunga kobis & cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa & kalau perlu tambah air lagi & garam secukup rasa. (dah bln posa nie x blh la nak rasa, korg agak2 je la)  Hias dgan hirisan daun sup/daun bawang & bawang goreng sebelum dihidangkan.

UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dlm kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih & daun pandan. Kacau rata & masukkan beras, goreng beras dgan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam & gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi (tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...dah tak cantikkk)... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang & bawang goreng sebelum dihidangkan.

UNTUK AYAM:-Toskan ayam & perap dgan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

UNTUK SOS CILI HALIA :- Kisarkan cili merah,bawang putih & tomato bersama, masukkan bahan2 lain..masak dgn api yg kcil hingga mendidih.

ini lah hsil nya.plus ngan xcesorynya,,so deliciousssss......

So korng kna pasti kan cuba resepi nie tau, penat ak type..
Okey selamat mencuba, ak kompom sdapppp….msa korng makan x pndang kiri knan dahhh…klu x sdap tu bkn salah ak la…tgan korg tu x da seni kot.. (Nak wat nasi ayam pn kna da seni jgak ka)..tah apa2 la bdak nie…selamat mencuba yeee..  bye2..see u all again…-NINA-

No comments:

Post a Comment

feiya_tim@yahoo.com